CHEF kanan restoran, Hasnol Talib menunjukkan hidangan istimewa sempena Ramadan.
CHEF kanan restoran, Hasnol Talib menunjukkan hidangan istimewa sempena Ramadan.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Restoran Sri Bayu di Bukit Jalil Golf & Country Resort kembali dengan juadah berbuka puasa yang pasti menyelerakan sepanjang Ramadan ini dengan harga serendah RM49 bagi setiap orang.

Membawakan tema Bazar Sajian Muhibah, restoran berkenaan menyediakan pelbagai hidangan lazat masakan tradisional masyarakat Cina, India, Jepun dan Melayu.

Antara hidangan­nya daging kambing yang dipanggang dan dimasak dengan pelbagai ramuan unik selain gerai kebab bagi membolehkan penggemar menu itu menikmati pilihan kebab ayam, lembu, kambing dan ikan.

Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan menu pencuci mulut yang menggiurkan sama ada resipi barat mahupun tradisional untuk memenuhi cita rasa berbeza.

Daripada tempoyak, sup mamak, sushi, asam laksa, ikan tenggiri masak lemak cili padi, udang sambal petai, daging masak hitam, sotong dengan pilihan sayuran sehinggalah ke puding roti, lompat tikam dan pelbagai jenis buah-buahan, pelanggan pasti dapat berbuka puasa sepuasnya.

Restoran turut menyediakan ruang solat dan tempat letak kenderaan mencukupi untuk memudahkan pelanggan berkunjung. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi pihak restoran di talian 03-89961560.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2015 @ 3:06 PM