ANTARA hidangan lazat untuk pengunjung restoran.
ANTARA hidangan lazat untuk pengunjung restoran.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Kedamaian dan suasana dingin di pusat pelancongan dan hiburan, Genting Highlands lebih terasa nikmatnya dan menjadi kenangan indah dengan menjamu hidangan panas stimbot bersama rakan dan keluarga.

Menghidangkan makanan laut segar sebagai antara tarikan utamanya, Resort Seafood Steamboat yang beroperasi di Hotel Resort, turut menawarkan menu ala carte yang mampu membuatkan seseorang terliur.

Tidak kira dimasak dengan api perlahan, rebus atau digoreng dan dihidang panas, setiap menu yang ditawarkan meninggalkan nostalgia setiap kali berkunjung ke pusat peranginan dan hiburan terkenal di Malaysia itu.

Hidangan stimbot yang ada terdiri daripada ketam, udang, udang galah, ikan dan pelbagai lagi jenis hidupan laut segar yang eksotik dan boleh dipilih daripada akuarium di restoran.

Antara sup lazat yang boleh dipilih bersama hidangan stimbot ialah kari kepala ikan, sup ayam, tomyam pedas dan sup ayam herba yang pasti membuatkan waktu makan bertambah meriah.

Selain stimbot, hidangan ketam masak cili, burung unta, itik garing salai, cendawan shitake dan enokitake, bebola sayuran, tauhu, sayuran dan bebola ikan antara yang menanti pengunjung restoran.

Jus istimewa diolah sendiri oleh chef seperti Freezy Calamansi atau teh Pu-Er yang diimport mampu mengurangĀ­kan rasa dahaga selepas menikmati stimbot atau hidangan ala carte yang enak.

Restoran itu beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang untuk hidangan makan tengah hari dan 6 petang hingga 10 malam untuk makan malam.

Set menu stimbot yang disediakan untuk dua hingga lapan orang dan ditawarkan pada harga antara RM108 hingĀ­ga RM638 (harga berbeza antara ahli Kad Genting Reward dan bukan ahli) manakala hidangan ala carte dijual mengikut harga setiap hidangan.

Restoran berkenaan menyediakan 256 tempat duduk dan boleh dihubungi melalui laman www.rwgenting.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:01 AM