MOHD Al Jufferi Jamari (kiri), Muhammad Faizul M Nasir (tengah), dan Siti Rahmah Mohamed Nasir bergambar bersama pingat dimenangi.
MOHD Al Jufferi Jamari (kiri), Muhammad Faizul M Nasir (tengah), dan Siti Rahmah Mohamed Nasir bergambar bersama pingat dimenangi.

Kelmarin, mata serta bahu kanannya terseliuh hingga terpaksa dibawa ke hospital dan semalam kemaluannya pula disepak lawan hingga mengakibatkan dia tidak mampu mengatur langkah dengan baik.

Begitupun, semangat pendekar yang tersemat kukuh di jiwa Muhammad Faizul M Nasir, 27, membolehkan dia dinobatkan juara kategori tanding kelas B putra 50-55kg di Pusat Ekspo semalam.

Pendekar dari perguruan Gayong Malaysia itu diisytiharkan juara selepas penyertaan pesilat Thailand Nantachai Khansakhon dibatalkan kerana menendang kemaluan Faizul di pusingan kedua.

“Sebelum melangkah untuk ke final menentang Nantachai, saya sudah mengalami kecederaan mata serta bahu kanan membuatkan pandangan saya sedikit kabur.

“Saya jadikan dorongan dan semangat rakan lain sebagai azimat untuk ke final. Jika sekadar berbekalkan kudrat, memang saya tidak berupaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 7:41 AM