FOTO Adi Safri
FOTO Adi Safri
Oleh Sudirman Mohd Tahir

Serdang: Dengan sekali lafaz, pasangan juara program Pelamin Fantasia, Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26, dan Norafiqah Ma Hassan, 24, sah bergelar suami isteri tepat 9.35 malam tadi.

Mereka dinikahkan Ketua Pendaftar Pernikahan, perceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Haji Aluwi Parman disaksikan bapa pengantin perempuan Ma Hassan Ismail yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), di sini.

Dalam majlis itu, Norfiqah atau Fiqa menerima mas kahwin RM300 dan seutas rantai beserta sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas dengan sembilan dulang.

Majlis yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Maya HD itu dihoskan oleh Faizal Ismail dan Raja Azura.

Sementara acara ijab dan kabul dikendalikan oleh Datuk Rosyam Nor dan Imam Muda Asyraf yang juga bertindak selaku saksi pengantin lelaki.

Pasangan yang diumum sebagai juara program itu memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 11:29 PM