Mohd Nazllie Zainul

BEKAS peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Nonny Nadirah selamat bergelar isteri kepada penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mustain Adnan pada 11.30 pagi, di Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, sah menjadi suri hati Mustain, 36.

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis pernikahan berkenaan diadakan secara tertutup di hotel di sini dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media sahaja.

Mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen Dwen Raha, majlis akad nikah dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana Negeri merangkap jurunikah, Imbran Angun berwali hakim.

Pengantin perempuan memberikan tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Antara hantaran termasuk cincin pernikahan, kasut, beg tangan, set wangian, telekung dan jam tangan.

Nonny turut menerima mas kahwin sebanyak RM100.

Dalam pada itu, pasangan raja sehari berkenaan bakal mengadakan majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 1:25 PM
BEKAS bintang Akademi Fantasia musim ke-5, Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin sah menjadi isteri kepada penolong penerbit di Media Prima Berhad (MPB), Mohamed Mustain Mohamed Adnan selepas Majlis Akad Nikah di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah