FADZIL melafazkan akad nikah. FOTO Redzuan Muharam
FADZIL melafazkan akad nikah. FOTO Redzuan Muharam
Oleh Redzuan Muharam

Yong Peng: Pelakon, Yana Samsudin, 31, sah bergelar isteri kepada Fadzil Zahari, 32, dengan sekali lafaz di majlis akad nikah di Taman Kota Impian, Yong Peng, hari ini.

Majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman Yana dan disempurnakan jurunikah Imam Shamsul Rizalaris Abdul Hamid.

Rombongan pengantin lelaki hadir dengan membawa lima dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang.

Yana yang mengenakan persalinan berwarna putih krim turut menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM50,000.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 4:45 PM