Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Empat kereta yang diparkir di sekitar rumah pangsa di Taman Kota Laksamana, di sini, dihempap sebatang pokok tumbang kira-kira 11 pagi tadi.

Dipercayai pokok setinggi enam meter itu tumbang akibat dipukul ribut ketika hujan lebat, sejak awal pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Difahamkan, biarpun dihempap pokok, hanya dua kereta iaitu Toyota Vios dan Perodua Kancil yang mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 6:12 PM