ANTARA kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang. FOTO JBPM.
ANTARA kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang. FOTO JBPM.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Puchong: Enam kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, insiden berlaku membabitkan dua kejadian dengan kejadian pertama di Puchong yang dilapor pada 4.16 petang.

"Kejadian berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Puchong 1 / 4, Puchong Prima di mana sebatang pokok tumbang menghempap tiga buah kereta jenis Honda, Nissan dan Proton Saga.

"Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 5.15 petang di Semarak Apartment, Jalan Wawasan 5 /3 melibatkan dua Proton Waja dan sebuah Proton Saga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 9:48 PM