MUHAMMAD Reza Hakimi Rizam, 8, (belakang) bersama adiknya, Muhammad Ramadani, 6, menggunakan tong sebagai sampan ketika banjir melanda selepas hujan lebat bermula jam 5 pagi di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Penduduk di kebanyakan kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah dan beberapa kawasan di Jasin, di sini, ditenggelami air akibat banjir kilat selepas hujan lebat sejak jam 5 pagi-11 pagi tadi.

Di Melaka Tengah, kawasan terlibat membabitkan Hospital Manipal, Pulau Kelapa, Telok Mas, Umbai dan Duyong, antara yang terjejas teruk.

Tinjauan Harian Metro, sebanyak 102 rumah terjejas, berdasarkan laporan yang dibuat pemilik rumah kepada Jawatankuasa Penduduk, di situ.

Sementara di Pulai pula, sebuah taman perumahan di situ, terjejas apabila rumah dinaiki air sehingga paras kira-kira satu meter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 3:51 PM