KEADAAN banjir di Kampung Belimbing Dalam dekat Durian Tunggal, hari ini. FOTO bernama
KEADAAN banjir di Kampung Belimbing Dalam dekat Durian Tunggal, hari ini. FOTO bernama
Nuraliawati Sabri


Melaka: Mangsa banjir di Melaka terus meningkat apabila 932 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 861 orang, sebelum ini.

Sehingga 4 petang hari ini, daerah Melaka Tengah menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan 26 lokasi membabitkan 521 mangsa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, selain peningkatan mangsa terjejas, jumlah PPS bertambah kepada 12 berbanding sembilan sebelum ini.

"Sehingga 4 petang, kami merekodkan 932 mangsa terjejas membabitkan 249 keluarga.

"Malah kawasan terjejas turut meningkat kepada 50 kawasan iaitu 14 di daerah Jasin, 10 di Alor Gajah dan 26 di Melaka Tengah," katanya.

Beliau berkata, terdapat tambahan tiga PPS iaitu di Balai Raya Kampung Gadek, Dewan Japerun Durian Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, ditutup selepas mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 6:57 PM