PEMAIN Beduma FC bergambar bersama hadiah dan piala dimenangi.
PEMAIN Beduma FC bergambar bersama hadiah dan piala dimenangi.
Mohamad Yatim Latip

Melaka: Beduma FC muncul juara kejohanan futsal Terbuka Duyong 2017 selepas menundukkan NJ Futsal 2-0 di gelanggang Starkick Futsal 1 Malaysia, Taman Desa Duyong, di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Beduma FC membawa pulang piala pusingan, piala iringan, pingat serta hadiah wang tunai berjumlah RM500.

NJ Futsal yang menduduki tempat kedua pula berjaya membawa pulang piala iringan, pingat dan wang tunai RM300.

Sementara itu, pasukan KBSD yang meraih tempat ketiga dengan mengatasi pasukan TMJ FC (3-1) menerima piala iringan bersama pingat dan hadiah wang tunai RM200.

Pengerusi penganjur kejohanan, Azman Atan berkata, sebanyak 24 pasukan terdiri daripada kalangan belia dalam Parlimen Kota Melaka menyertai kejohanan itu.

Menurutnya, kejohanan merebut piala pusingan Pengerusi JAPERUN Du
yong, Datuk Zaini Ismail kali kelima itu dianjurkan bersama Starkick Futsal Taman Desa Duyong (SFTDD) dan JAPERUN Duyong dengan kerjasama JKKK/UMNO Cawangan Desa Duyong, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 8, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), JASA Negeri Melaka dan SRCC Parlimen Kota Melaka.

Katanya, sambutan diterima amat menggalakkan dan pihaknya akan menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan.

“Insya-Allah, tahun depan kami akan mempertaruhkan piala pusingan yang akan ditaja oleh Ahli Majlis MBMB kawasan Duyong, Ismail Bujang pula memandangkan piala pusingan pengerusi JAPERUN yang sudah lima tahun berturut-turut dipertaruhkan ini akan diberi terus kepada juara kali ini.

“Objektif menganjurkan kejohanan yang membabitkan kalangan belia ini bertujuan untuk mencungkil bakat yang mungkin dapat diketengahkan ke peringkat lebih jauh lagi selain pada masa sama mampu mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala negatif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 7:56 AM