PES sambal  didatangkan dalam tiga variasi.
PES sambal didatangkan dalam tiga variasi.
Oleh Sofyan Rizal Ishak

sofyan.rizal.hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berhasrat untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi segmen hilirannya bagi mencapai sumbangan pendapatan 40 peratus kepada perolehan syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, segmen itu kini menyumbang 20 peratus dalam perolehan syarikat melalui pengeluaran pelbagai jenis produk.

Menurutnya, hasrat terbabit sejajar dengan strategi jangka panjang keseluruhan syarikat untuk menjana perolehan jangka pendek di samping perniagaan teras dalam sektor perladangan kelapa sawit huluan yang mempunyai tempoh matang lebih panjang daripada aspek menghasilkan perolehan dan keuntungan.

“Pada ketika itu, aktiviti hiliran kami menyumbang 40 peratus manakala selebihnya datang daripada aktiviti huluan membabitkan perladangan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran produk baru Saji iaitu Pes Sambal Saji, di sini kelmarin.

Pes Sambal itu didatangkan dalam tiga variasi termasuk Pes Sambal Pedas Saji, Pes Sambal Nyonya Saji dan Pes Sambal Paprik Saji pada harga RM6 sebotol.

FGV kini merangka usaha untuk memperluaskan pasaran industri halal ke negara Timur Tengah terutama di Arab Saudi.

“Kami merancang memasuki pasaran halal di Timur Tengah dalam tempoh dua bulan akan datang dan mengadakan rundingan dengan beberapa syarikat termasuk di Arab Saudi bagi tujuan terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:09 AM