Amutu dah rasa budu. FOTO ihsan pembaca
Amutu dah rasa budu. FOTO ihsan pembaca
Oleh Azlan Hafeedz

am@hmetro

Kota Bharu: Menjelang final Piala FA, apa yang dilakukan pemain menjadi perhatian, tidak terkecuali penyerang import Kelantan dari Nigeria, Austin Amutu, 22, yang gambarnya makan nasi dengan budu menjadi ‘viral’.

Harian Metro mendapatkan reaksi Amutu dan dia mengakui budu sedap.

Menurutnya, dia mencuba budu ketika bertandang ke rumah bekas pemain Kelantan, Anuar Rajib, di sini, baru-baru ini.

"Anuar mengajar saya makan budu itu bersama tempoyak bagi mengurangkan rasa masinnya.

"Ternyata, budu memang sedap dimakan tetapi saya tidak menyukai jering kerana baunya kurang menyenangkan," katanya.

Amutu turut mengakui mula menyukai nasi berlauk disebabkan kuahnya berwarna kuning.

"Saya akan bawa kekasih saya, Ayo, 19, merasai masakan itu sebaik dia tiba di Kelantan, penghujung bulan ini untuk bercuti selama seminggu.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu beri Ayo makan budu kerana takut dia bawa pulang makanan (budu) ke Nigeria," katanya ketawa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 5:53 PM