MANGSA tergelincir dan masuk ke longkang yang arusnya deras. FOTO ihsan Bomba
MANGSA tergelincir dan masuk ke longkang yang arusnya deras. FOTO ihsan Bomba
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar di flat Sri Lanang, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 11 tahun itu kemudian ditemui tiga hingga empat kilometer dari tempat dia dipercayai jatuh.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.18 petang sebelum tiba 30 minit kemudian dan terus memulakan operasi mencari.

"Mangsa dipercayai sedang bermain bersama tiga orang lagi rakannya di kawasan berhampiran sebelum tergelincir dan masuk ke longkang yang arusnya deras.

"Dia hanya ditemui pada jam 6.30 petang tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 7:34 PM