Mayat Ahmad Fawas Atikullah ditemui pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi dia jatuh. Foto ihsan pembaca.
Mayat Ahmad Fawas Atikullah ditemui pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi dia jatuh. Foto ihsan pembaca.
Siti Nadzirah Che Mud


KANAK-KANAK enam tahun yang hilang di Sungai Temalir dekat Kampung Peria Baru, Kuala Krai semalam, ditemui lemas kira-kira 10 pagi tadi.

Difahamkan, mayat Ahmad Fawas Atikullah ditemui pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi dia jatuh.

Neneknya, Rokiah Idris, 51, berkata, sebaik mayat ditemui, bapa saudara Ahmad Fawas melaungkan azan tanda syukur kerana semua urusan dipermudahkan.

“ €œSemalam, kami adakan solat hajat bagi memudahkan urusan pencarian dan hari ini Alhamdulillah cucu sulung saya ditemui.

“ €œSaya dimaklumkan pasukan penyelamat bahawa mayatnya ditemui di celah dahan pokok,”€ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rokiah berkata, mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peria Baru, sejurus selesai dibedah siasat.

Menurutnya, ahli keluarganya turut reda dengan pemergian itu kerana sudah ditakdirkan Allah SWT.

Harian Metro semalam melaporkan Ahmad Fawas Atikullah, 6, jatuh ke dalam sungai cuba menyeberangi jambatan Kampung Sungai Peria yang dilimpahi air pada 3.30 petang.

Kanak-kanak malang itu mengikut sepupunya yang berusia 10 tahun untuk menyeberangi sungai tetapi tidak berjaya selepas dia dihanyutkan arus deras.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 12:33 PM