CHONG Wei (kiri) gagal dapat tiket wild card.
CHONG Wei (kiri) gagal dapat tiket wild card.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menolak permohonan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberikan tiket wild card kepada Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Dunia 2015 di Jakarta.

Ini bermakna nasib Chong Wei Feng dan Zulfadli Zulkiffli pula bagai telur di hujung tanduk.

Mereka kini sudah pasti akan menjadi korban walaupun berjaya layak ke kejohanan itu secara merit, jika BAM tetap berhasrat menghantar Chong Wei beraksi ke sana Ogos ini.

Menurut Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai, permohonan BAM ditolak badan induk badminton dunia itu yang membuat keputusan tidak menggunakan kuota wild card kepada mana-mana pemain bagi Kejohanan Dunia tahun ini.

“BAM menerima e-mel daripada BWF petang semalam (petang kelmarin), mereka tidak akan memberikan tiket wild card kepada Chong Wei dan memutuskan tiada sebarang penggunaan kuota itu tahun ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 7:26 AM