Jemaah surau melihat keadaan Rahmad yang kemudiannya disahkan meninggal dunia di klinik berdekatan. FOTO ihsan pembaca
Jemaah surau melihat keadaan Rahmad yang kemudiannya disahkan meninggal dunia di klinik berdekatan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Ayusliza Azizan


Rawang: Seorang imam gantian meninggal dunia pada rakaat kedua ketika mengimamkan solat Isyak di sebuah surau di Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung, dekat sini, semalam.

Rahmad Mohamed, 57, rebah sebelum disedari jemaah.

Pengerusi surau itu, Azizan Osman, 61, berkata, seorang jemaah terus menghantarnya ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan Rahmad sudah meninggal dunia.

"Arwah yang juga teman rapat saya berniaga roti canai di kawasan ini dan hanya menjadi imam jika imam tetap tiada.

"Jenazah selamat dikebumikan pada 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, arwah menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 9:10 PM