PDRM gigih berusaha ke arah pemodenan dan pemantapan organisasi.
PDRM gigih berusaha ke arah pemodenan dan pemantapan organisasi.

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Jumaat bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Sultan Yahya Petra di sini, semalam.

Mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pegawai-pegawai tinggi PDRM serta kira-kira 3,000 jemaah.

Khutbah khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘Integriti Melonjak Kualiti Hidup’ disampaikan oleh Superintendan Polis (SUPT) Ghazali Daud daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM merangkap Imam 1 Masjid Bukit Aman. Beliau turut mengimamkan solat Jumaat.

Selesai solat, Ahmad Zahid diiringi Khalid untuk menyertai pegawai-pegawai PDRM untuk majlis makan tengah hari.

Kunjungan Ahmad Zahid ke Pulapol adalah bersempena sambutan Hari Polis ke-210 hari ini. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2017 @ 7:50 AM