Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat di sini, petang tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat di sini, petang tadi. FOTO IHSAN PEMBACA
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Imam Tua Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor, Mohd Zamai @ Suhaimi Ibrahim, 73, meninggal dunia selepas selesai membacakan khutbah dan solat Jumaat di sini, petang tadi.

Penghulu Mukim Padang Raja, Fadli Shah Ismail berkata, sebelum itu arwah sempat menyampaikan khutbah Jumaat bertemakan Kemerdekaan dan mengimamkan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Katanya, setelah selesai mengimamkan solat Jumaat, arwah kemudiannya menyambung mendirikan solat sunat sebelum rebah ke kiri badan sejurus selesai memberi salam pada tahiyat akhir kira-kira jam 2 petang.

"Makmum yang berada di masjid pada ketika itu segera menghubungi ambulans dan membantu arwah sebelum pegawai perubatan tiba.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan daripada Klinik Mahligai Melor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia," katanya.

Fadli Shah, jenazah Mohd Zamai kemudiannya dibawa menaiki van jenazah milik Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor untuk dihantar ke rumahnya yang terletak di belakang Klinik Mahligai Melor.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahligai selepas solat Isyak," katanya.

Katanya, Mohd Zamai sudah berkhidmat lebih 20 tahun sebagai imam tua di masjid berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2023 @ 5:42 PM