LLORENTE (kanan) ledak jaringan untuk Juve ketika menentang Palermo di Turin.
LLORENTE (kanan) ledak jaringan untuk Juve ketika menentang Palermo di Turin.

Berlin: Pendahulu Bayern Munich tercicir mata pertama Bundesliga dalam tempoh lebih sebulan selepas seri tanpa jaringan dengan kelab tangga kedua Borussia Moenchengladbach pada perlawanan bermutu tinggi, kelmarin.

Gladbach mengancam untuk melakar kekalahan pertama buat anak buah Pep Guardiola musim ini sekalipun menguasai bola kurang daripada 30 peratus.

Taktik tuan rumah menyerap setiap asakan Bayern dan melakukan serangan balas pantas hampir membuahkan hasil.

“Kami bertahan dengan bijak dan menekan Bayern sepanjang perlawanan, saya gembira dengan mata ini,” jelas jurulatih Gladbach Lucien Favre.

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sibuk mengawal gawangnya untuk menafikan penyerang Gladbach, Raffael, Max Kruse dan Patrick Herrmann, manakala pertahanan tuan rumah, David Alaba kecewa apabila percubaannya terkena palang pada babak pertama.

“Jika Bayern tidak mempunyai Neuer, mereka pasti melepaskan satu atau dua gol,” ujar pemain tengah Gladbach dan Jerman, Christoph Kramer. Kami berjaya menyukarkan sebuah pasukan hebat.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:08 AM