Christian Gittelmann mengalami kecederaan di kepala selepas terkena cawan bir yang dibaling penonton. -FOTO Agensi
Christian Gittelmann mengalami kecederaan di kepala selepas terkena cawan bir yang dibaling penonton. -FOTO Agensi
AFP

Bochum, Jerman: Perlawanan Bundesliga antara Bochum dan Borussia Moenchengladbach semalam ditangguhkan selepas penolong pengadil mengalami kecederaan di kepala selepas terkena cawan bir yang dibaling dari tempat penonton.

Gladbach ketika itu mendahului 2-0 di Bochum menerusi jaringan Alassane Plea dan Breel Embolo pada separuh masa kedua sebelum terganggu pada minit ke-71 apabila penjaga garisan Christian Gittelmann mengalami kecederaan di kepala.

Pengadil mengambil keputusan menghentikan permainan selepas 20 minit.

Kedua-dua menggunakan media sosial untuk mengkritik insiden itu.

"Kami hanya boleh memohon maaf secara rasmi kepada penjaga garisan, Christian Gittelmann," kata Bochum.

"Malam yang sangat memalukan dan pahit bagi kami. Tindakan yang sangat bodoh daripada peminat yang bodoh."

Pengarah sukan Gladbach, Roland Virkus berkata: "Perkara seperti ini tidak patut berlaku. Ia membuatkan anda mara apabila permainan bola sepak yang bagus berakhir seperti ini.

Bochum berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga, dua mata di hadapan Gladbach yang menghuni kedudukan ke-13 sebelum perlawanan berlangsung semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 12:28 PM