Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Seramai 42 rakyat Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Aden, Yaman selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Emirates Airlines EK346 pada 3.18 petang hari ini.

Mereka tiba ke tanah air menaiki pesawat itu dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketibaan seterusnya ialah kira-kira 6 petang ini membabitkan 42 rakyat Malaysia menaiki pesawat Sri Lankan Airlines UL314 dari Colombo, Sri Lanka.

Jumlah semua yang tiba hari ini seramai 67 rakyat Malaysia.

Mereka yang tiba hari ini adalah rakyat Malaysia dari Aden yang sebelum ini terperangkap ekoran wilayah itu paling terkesan selepas pergolakan berlaku di negara berkenaan.

Bagaimanapun, mereka berjaya dibawa keluar dan menaiki bot selama 15 jam dari Aden ke Djiboutidan selepas itu diterbangkan menaiki pesawat Hercules C130 ke Jeddah, Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 4:14 PM