SEBAHAGIAN daripada pelajar yang dibawa keluar dariYaman ekoran pergolakan di negara itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
SEBAHAGIAN daripada pelajar yang dibawa keluar dariYaman ekoran pergolakan di negara itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Sepang: “Kami sukar mengeluarkan wang dari bank, malah bekalan petrol pula terhad,” kata Muhammad Amin Izammudin, 22, pelajar Malaysia yang berjaya di bawa keluar dari Yaman.

Muhamad Amin, pelajar jurusan syariah di pusat pengajian Darul Mustafa, Tarim antara 94 pelajar Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, tengah malam kelmarin menaiki pesawat Oman Air dari Muscat.

Turut sama dalam penerbangan itu, Irsyad Abdul Hakim iaitu anak Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob serta seorang rakyat Singapura dan seorang lagi rakyat Yaman.

Dia yang berasal dari Kampung Gajah, Perak berkata, secara umumnya, keadaan di Tarim masih terkawal berbanding di Sana’a dan Aden dan hanya berdepan sedikit masalah seperti tidak cukup bekalan makanan dan masalah talian komunikasi.

“Pada saya, memang tepat pada masanya kami meninggalkan Yaman sebelum perkara buruk berlaku dan pelajar yang lain juga sudah bersedia untuk pulang. Malah, operasi Kedutaan Malaysia di Yaman juga berpindah ke Oman selepas serangan berlaku di negara itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 10:29 AM