PEUGEOT 308 generasi terbaru. FOTO Erywan Norshal
PEUGEOT 308 generasi terbaru. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi Peugeot di negara ini memperkenalkan generasi terbaru Peugeot 308 THP, hari ini.

Model yang sebelum ini pernah menerima anugerah Kereta Terbaik sempena Pameran Motor Geneva 2014 dijual pada RM132,888 atas jalan termasuk insurans.

Jentera yang menggunakan platform terbaru itu mencatatkan pengurangan berat sehingga 140 kilogram dengan prestasi keseluruhannya turut dipertingkatkan.

Malah, jarak rodanya dipanjang 1.2 sentimeter (sm) bagi menambah ruang dalaman untuk keselesaan penumpang, selain tampil rekaan aerodinamik.

Rangkaian kuasanya pula menggunakan enjin teknologi Turbo Tekanan Tinggi (THP) untuk menyalurkan kuasa maksimum sehingga 152 PS dan tork setinggi 240 Nm, malah jimat minyak dengan kombinasi bahan api sebanyak 6.5 liter bagi 100 kilometer.

Ia juga diperkayakan dengan transmisi automatik enam kelajuan teknologi '€˜Quickshift'€™ jenama Aisin keluaran Jepun yang memberi pertukaran gear lebih lancar.

Bagi menjaminkan kualitinya, jentera itu menjalani ujian pemanduan sejauh 2.5 juta kilometer, manakala getaran dalam tempoh 2,500 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 9:00 PM