ABPBH2014 angkat 2 pereka berbakat.
ABPBH2014 angkat 2 pereka berbakat.

Membina reputasi sebagai acara pengiktirafan bagi menobatkan selebriti tempatan popular tanah air, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) juga sinonim sebagai platform memperkenalkan pereka fesyen berbakat tempatan.

Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani, Ezuwan Ismail, Calvin Thoo dan Zery Zamry adalah antara nama besar industri fesyen tempatan yang melonjak naik menerusi platform ABPBH.

Bagi edisi terbaru anugerah berprestij itu , Diandra Couture dan Hasfitri Yusof diberi kepercayaan memeriahkannya sekali gus mempamerkan rekaan mereka pada sidang media Pengumuman Pengacara, Penyampai Anugerah dan Persembahan ABPBH2014 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Seiring tema ‘Cinta’ yang dibawakan ABPBH 2014 yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Arena of Stars Genting Highlands 5 April depan, rekaan kedua-dua jenama ini turut menerapkan unsur romantis di dalam persalinan yang dipamerkan.

Menghangatkan lagi pertunjukan fesyen itu, Diandra menampilkan Cha Cha Maembong dan Syarul Ridzwan sebagai ‘muse’,

manakala untuk koleksi Hasfitri Yusof pula, kedua-dua gadis kecil molek iaitu Shiha dan Iqa beraksi sebagai ‘muse’.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 2:15 PM