BERSAMA keluarga besar Hot FM.
BERSAMA keluarga besar Hot FM.
Oleh Liza

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 sudah pun berakhir, Ahad lalu. Liza yang berkesempatan ‘naik’ ke Arena of Stars, Genting Highlands masih terasa lagi kesejukannya walaupun ada beberapa keputusan mengejut di ABPBH.

Apa yang pasti, kejutan adalah keseronokan dalam setiap majlis anugerah. Tanpa kejutan, ia kelihatan biasa saja.

Tahniah Liza ucapkan kepada semua pemenang terutama Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam. Apa yang pasti, semua itu rezeki masing-masing.

Kemenangan Abam Bocey dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular malam itu memang satu kejutan.

Siapa sangka Abam boleh menewaskan nama besar lain seperti Zizan Razak, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Achey Bocey.

Ucapan Abam cukup jujur dan kita semua faham ‘tagline’ Abam pada malam itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada insan lain yang merasa kekurangan, tapi ingin berjaya dalam bidang masing-masing.

Liza juga kagum dengan Atilia yang cukup profesional walaupun terpaksa ‘berkongsi’ mikrofon dengan ibunya, Salamiah Hassan gara-gara mikrofon miliknya tidak berfungsi.

Perang kelab peminat juga mencuri tumpuan dan sesuailah dengan ABPBH di mana pemenangnya dipilih berdasarkan undian peminat.

Suasana dalam Arena of Stars juga ibarat stadium bola sepak apabila peminat bersorak untuk artis masing-masing berserta dengan sepanduk dan poster seperti mana dibawa penyokong bola sepak.

Liza harapkan anda terus menyokong selebriti kesayangan anda tak kiralah waktu suka atau duka mereka.

Pada waktu senang, ramai yang suka dengan kita.

Tahniah juga Liza ucapkan buat Fara Fauzana yang berjaya mengekalkan kemenangan dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular selama lapan tahun berturut-turut.

Tidak lupa juga kepada AG dan Deen yang turut tersenarai dalam top 5 Penyampai Radio Lelaki Popular.

Menang atau tidak kita masih satu keluarga dan Liza sayang anda bertiga!

Jumpa lagi minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 12:23 PM