KOLEKSI rekaan Hatta turut dihadirkan buat bakal pengantin lelaki.
KOLEKSI rekaan Hatta turut dihadirkan buat bakal pengantin lelaki.
KOLEKSI rekaan Hatta turut dihadirkan buat bakal pengantin lelaki.
KOLEKSI rekaan Hatta turut dihadirkan buat bakal pengantin lelaki.
HATTA bersama pelanggan setianya yang juga penghibur terkenal, Yuna .
HATTA bersama pelanggan setianya yang juga penghibur terkenal, Yuna .

Koleksi perkahwinan terbaru sentuhan pereka fasyen terkenal, Hatta Dolmat, 32, yang dipersembahkan di Zebra Square, Kuala Lumpur mengembalikan tema Principessa yang pernah dipersembahkan menerusi acara Malaysian International Fashion Alliance (MIFA).

Koleksi ini gabungan ideanya bersama rakan pereka lain seperti Rizman Ruzaini, Nik Erwan, Hazwani dan Zery Zamry yang menampilkan Ratu Filem Melayu, Erra Fazira sebagai ‘muse’ yang diberi gelaran Principessa atau dalam bahasa Itali membawa maksud ‘puteri’ sebagai juara.

Selepas lebih setahun tidak hadir dengan koleksi perkahwinan, Hatta yang berasal dari Melaka ini mengangkat Principessa sebagai tema, sekali gus sebagai ‘tribute’ kepada kejayaan manis dilakar lima tahun lalu.

Mengekalkan elemen tradisi dalam hamparan fabrik moden seperti ‘glitters’, lace, sequins dan leotard (untuk potongan skirt yang ‘sleek’), sebanyak 37 koleksi Hatta Dolmat Principessa 2015 yang diperkenalkan buat bakal pengantin lelaki dan perempuan tampil dengan rekaan minimalis khusus buat bakal pengantin yang mementingkan kesederhaan, namun masih kelihatan hebat serta membangkitkan aura raja sehari.

Dari rona putih yang melambangkan sucinya ikatan sebuah perkahwinan, Hatta juga memperkenalkan ‘midnight blue’ yang dijangka menjadi ‘trend’ untuk tahun ini.

Dari rekaan pula, bagi bakal pengantin yang berani, sebahagian kecil rekaan berpotongan gaun singkat selain mengekalkan ‘cape’ yang terus mendapat permintaan ramai, malah kekal relevan dalam rekaan fesyen.

Dirancakkan dengan alunan merdu penghibur tempatan antarabangsa Yuna, majlis kolaborasi bersama produk kecantikan SKII di mana Hatta turut mereka kotak hantaran eksklusif tertera tandatangannya, dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular antaranya Tasha Shila, Wilma, Kila Fairy dan Ainul Aishah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Februari 2015 @ 10:27 AM