MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir dalam Sidang DUN. FOTO Bernama
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir dalam Sidang DUN. FOTO Bernama
Oleh Muhamaad Razis Ismail & Siti Norhidayatidayu Razali

Kota Bharu: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) selepas mendapat undian sebulat suara.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub sebelum menangguhkan Penggal Ketiga Sidang Dewan Negeri Kelantan Ketiga Belas 2015.

Semua 44 ahli dewan menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang itu.

Kerajaan negeri diwakili 32 ahli termasuk seorang ahli dari parti PKR, manakala pembangkang seramai 12 orang.

Terdahulu seramai empat ahli dewan diberi peluang membahaskan rang undang-undang itu yang berlangsung sejak semalam.

Kelulusan itu membolehkan kerajaan negeri membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76 (A) (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II dilaksana.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 12:48 PM