Abdullah Ya’kub ketika hadir pada Majlis Penyampaian Bakul Makanan di Masjid Mukim Berdang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Abdullah Ya’kub ketika hadir pada Majlis Penyampaian Bakul Makanan di Masjid Mukim Berdang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Fazlina Abdul Rahim


Jeli: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka diadakan pada Ogos ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, setakat ini pihaknya belum menetapkan tarikh khusus untuk persidangan itu.

"Namun kita sudah menghantar surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk persediaan soalan dan kita juga dalam proses persediaan Rang Undang-Undang (RUU) untuk diangkat pada persidangan itu.

"Sebenarnya tarikh sidang DUN Kelantan bergantung selepas persidangan di Parlimen. Namun persidangan Parlimen selama enam hari dalam masa terdekat adalah sidang Parlimen khas.

"Yang penting, kita akan adakan persidangan DUN pada Ogos ini," katanya ketika ditemui selepas penyampaian bakul makanan oleh Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada penduduk Kampung Berdang, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Persidangan DUN Kelantan bakal dilaksanakan secara bersemuka.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang membabitkan 222 ahli Dewan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 1:30 PM