TUGASAN pejabat kini boleh dilakukan di mana saja.
TUGASAN pejabat kini boleh dilakukan di mana saja.
HP EliteBook Folio 1020 G1 Edisi Khas.
HP EliteBook Folio 1020 G1 Edisi Khas.
RUMUSAN penjagaan kesihatan HP ElitePad 1000.
RUMUSAN penjagaan kesihatan HP ElitePad 1000.
HP Pro Slate.
HP Pro Slate.
NICK menunjukkan HP EliteBook Folio 1020 G1 Edisi Khas, notebook kelas perniagaan paling ringan dan nipis.
NICK menunjukkan HP EliteBook Folio 1020 G1 Edisi Khas, notebook kelas perniagaan paling ringan dan nipis.
KASING khas yang agak lasak untuk HP ElitePad, sesuai untuk industri runcit.
KASING khas yang agak lasak untuk HP ElitePad, sesuai untuk industri runcit.
Oleh Husain Jahit


Gaya kerja seseorang kini berubah apabila tidak hanya berada di dalam pejabat, malah lebih banyak di luar disebabkan persekitaran pelaksanaan pekerjaan itu sendiri dan beberapa faktor lain yang mempengaruhinya untuk mereka berbuat demikian.

Antara faktor penyebab itu termasuklah gaya kerja yang lebih agresif demi mencapai produktiviti lebih tinggi, saiz pejabat yang lebih kecil akibat kos binaan tinggi hingga mengakibatkan harga jualan dan sewaan turut tinggi, tenaga kerja kini lebih muda iaitu mereka yang lebih gemar berada di luar pejabat serta peralatan pejabat yang kini bersaiz lebih kecil seperti komputer peribadi (PC), pencetak dan sebagainya.

Pelbagai faktor itulah yang menyebabkan persekitaran pekerjaan kini berubah mengikut keadaan semasa dan kehendak pasaran yang berubah dengan begitu pantas.

Naib Presiden Kanan, Percetakan dan Sistem Personal merangkap Pengarah Urusan HP Asia-Pasifik & Jepun, Nick Lazaridis berkata, daripada statistik yang diperoleh menunjukkan golongan muda mewakili 46 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang ada di seluruh dunia.

Menurut Nick, golongan muda lebih agresif dan gemar bekerja di luar pejabat lebih-lebih lagi apabila merekalah yang sudah biasa dimomokkan dengan pelbagai peranti mudah alih, capaian Internet dan sistem komunikasi yang lebih menyeluruh untuk membolehkan mereka bekerja dari mana saja.

“Apabila trend berubah, pasaran dan model perniagaan baru akan muncul. Mereka perlukan perkakasan dan perisian yang betul untuk memastikan tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna. Produktiviti juga meningkat apabila tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap,” katanya.

“Peranti mudah alih mengubah gaya hidup dan bagaimana kita bekerja. Sampai masanya mereka menggunakan peranti yang lebih cekap dan cabaran baru kepada pihak jabatan teknologi maklumat (IT) untuk menyokong kakitangan mudah alih ini sambil memastikan data korporat diuruskan dengan sebaik mungkin dan selamat,” katanya pada majlis pelancaran media pelbagai produk baru HP di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Nick berkata, HP mengambil satu pendekatan modular menerusi ciri selamat dan peranti khusus yang menyokong berbilang sistem operasi (OS), sekali gus membuka lebih pilihan kepada pelanggan perniagaan ke atas ekosistem aplikasi dan pengalaman pengguna.

Gabungan perisian baru yang dibangunkan HP bersama rakan kongsi berjaya mencipta rumusan mobiliti lengkap untuk semua jenis perniagaan merangkumi pendidikan, perkhidmatan lapangan, kesihatan, keselamatan awam dan industri peruncitan.

Peranti khusus untuk memobilitikan tenaga kerja

Tablet 2 dalam 1 dan PC notebook yang beroperasi di atas platform OS Windows serta tablet OS Android, semuanya menekankan faktor mobiliti perniagaan bercirikan sistem keselamatan terbina di dalam yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan penggunaan spesifik.

HP Pro Slate 8 dan HP Pro Slate 12 adalah tablet kelas perniagaan berdefinisi tinggi (HD). Terdapat dalam saiz 8 inci atau 12 inci dikuasai oleh cip pemproses QualcommÆ Snapdragon Quad-Core T 800 dan menyokong nisbah aspek 4: 3 untuk mudah melihat dokumen perniagaan dan aplikasi capaian perniagaan.

HP Slate Pro 8 antara tablet pertama untuk pasaran menggunakan lapisan kaca Corning Gorilla 4 yang paling kukuh setakat ini, turut dilengkapi peranti input HP Duet Pen yang pertama menggunakan teknologi pen digital Qualcomm Snapdragon di atas kedua-dua tablet dan kertas biasa.

HP Elite x2 1011 G1 ialah peranti Windows 2 dalam 1 dengan saiz skrin 11.6 inci yang boleh diubah daripada sebuah tablet menjadi ultrabook apabila digandingkan dengan aksesori papan kekunci tanpa wayar atau sistem doking pertama dalam industri menggunakan teknologi tanpa wayar WiGig dengan kerjasama Intel.

Tablet HP Pro Tablet 10 EE boleh beroperasi di kedua-dua OS Windows atau Android dibangunkan untuk kesuaian penggunaan dalam segmen pendidikan, kesihatan, pengilangan dan peruncitan.

Sementara HP Pro Tablet 408 G1 adalah tablet mampu milik yang dikuasai cip pemproses Atom Intel dengan skrin 8 inci dan hanya setebal 9 milimeter.

HP ElitePad 1000 G2 Healthcare Tablet pula direka untuk menambah baik produktivit pengamal perubatan dan meningkatkan interaksi pesakit manakala HP ElitePad 1000 G2 Rugged Tablet ialah tablet tahan lasak yang amat sesuai untuk kegunaan industri pengeluaran dan persekitaran luaran. Ia diuji melepas standard IP65 untuk ciri kalis air dan habuk serta memiliki ketahanan kuasa bateri sehingga 20 jam.

Keluarga HP EliteBook Folio 1020 pula adalah notebook kelas perniagaan yang paling nipis dan ringan dalam industri merangkumi HP EliteBook 1020 dan HP EliteBook 1020 Edisi Khas, hanya setebal 15.7 milimeter. Dilindungi kerangka aloi magnesium-litium dan gentian karbon boleh guna semula untuk menjadikannya hanya seberat 1kg.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:09 AM