ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Puding, Meru, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di Jalan Puding, Meru, semalam.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kapar: Ikat dan bunuh. Itu ‘nasib’ menimpa seorang lelaki yang diikat dan dibunuh sebelum mayatnya dibungkus dalam plastik hitam dan dibuang di dalam sebuah longkang di Jalan Puding, Meru, di sini, pagi semalam.

Mayat lelaki terbabit ditemui orang awam yang melalui kawasan itu jam 9.45 pagi selepas curiga dengan ‘isi’ beg plastik hitam yang tersangkut pada sebatang paip yang melintangi longkang berkenaan.

Polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi penemuan itu dan siasatan lanjut mendapati badan mangsa diikat dengan kabel elektrik manakala kaki, tangan dan kepala diikat menggunakan rantai sebelum dibungkus dalam plastik hitam.

Sumber berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu sebelum mayatnya dibuang di lokasi penemuan.

Katanya, polis juga sukar untuk mengecam umur dan bangsa mangsa memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput, selain tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:48 AM