Oleh Zulfa Mohamad

Tasek Gelugor: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dibungkus plastik hitam dan dibuang dalam ladang kelapa sawit di Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Mayat itu ditemui jam 3.15 petang oleh penduduk kawasan berhampiran yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Menurut sumber, siasatan mendapati lelaki itu mungkin mangsa sindiket penyeludupan manusia yang kerap mengurung dan meminta tebusan daripada ahli keluarga.

"Pemeriksaan mendapati mangsa kemungkinan maut kerana sakit ketika dikurung sindiket sebelum mayatnya dibungkus dan dicampak dalam ladang kelapa sawit ini.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kita masih menjalankan siastan lanjut dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.8

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 6:45 PM