Lokasi mayat lelaki disumbat dalam beg ditemui. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Lokasi mayat lelaki disumbat dalam beg ditemui. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Petaling Jaya: Mayat lelaki disumbat di dalam beg pakaian ditemui dalam longkang di Jalan Cecawi 6/30, Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, 1 petang tadi.

Mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian berwarna hitam dan dibungkus menggunakan plastik putih.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam longkang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerim laporan penemuan mayat terbabit dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 6:30 PM