ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
PEKIN menjiwai watak Kamalia dengan baik.
PEKIN menjiwai watak Kamalia dengan baik.
Oleh Ramlah Zainal


Judulnya saja sudah mengundang pelbagai persepsi penonton. Namun, pengarah filem Coverina, Khalid Nadzri, 29, sudah bersedia jika filem itu akan mencetuskan kontroversi apabila ditayangkan.

“Filem ini bukan untuk mengangkat kisah ‘transgender’ atau ‘crossgender’, sebaliknya Coverina lebih memaparkan kisah lelaki yang terpaksa menyamar menjadi wanita untuk menyelami perasaan dan naluri golongan itu yang pernah dikecewakan lelaki.

“Selain untuk berhibur, saya harap penonton akan melihat mesej positif yang ingin disampaikan dalam filem ini.

“Apapun, saya bersedia menerima apa saja kritikan daripada penonton sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem berkenaan di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Khalid yang juga adik kepada pengarah terkenal Ahmad Idham berkata, dia sangat berdebar menanti maklum balas daripada penonton.

Filem ini mula ditayangkan di 35 pawagam seluruh negara mulai esok.

“Walaupun ia projek kawan-kawan dan filem berbajet rendah, Coverina bukanlah filem syok sendiri. Selain karya sulung, saya sangat teruja menghasilkan filem ini kerana mendapat kerjasama daripada barisan pelakon serta tenaga produksinya.

“Saya tertarik untuk mengarahkan Coverina kerana suka dengan skrip yang dihasilkan Ellyna Ahmad yang pernah menghasilkan skrip untuk filem Ophilia sebelum ini.

“Idham juga beri semangat untuk saya mengarahkan naskhah ini. Pada masa sama, saya juga tidak ingin mensia-siakan peluang keemasan dan kepercayaan yang diberikan penerbit filem ini, SPS Jaya Sdn Bhd,” katanya.

Lakonan mantap Pekin dan Siti Elizad

Mempertaruhkan gandingan pertama kali Pekin Ibrahim dan Siti Elizad Sharifuddin, Coverina pastinya menjadi bahan hiburan ringan yang sesuai untuk peminat filem genre komedi.

Menurut Khalid, cabaran paling besar dihadapinya ialah untuk memastikan karakter Kamalia yang dilakonkan Pekin bukan karakter lelaki lembut atau pondan.

Pekin juga diberi kepercayaan membawa dua watak berbeza iaitu Kamal dan Kamalia.

“Saya tidak ada masalah bekerja dengan Pekin dan Siti Elizad kerana mereka pelakon berpengalaman dan memberi komitmen terbaik pada filem ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, filem ini cukup menghiburkan. Selain komedi, ia turut menyelitkan elemen sedih dan cinta sekali gus mewarnai filem ini.

Sebenarnya bukan mudah untuk melakonkan watak lelaki yang menyamar menjadi wanita, tetapi Pekin berjaya melakonkannya dengan baik seperti dikehendaki skripnya.

Gandingannya dengan Siti Elizad yang juga watak Rina yang antilelaki juga menjadi dalam filem ini.

Coverina membabitkan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur. Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Cat Farish, Arissa Hidayah, Kina Kamal, Shahrolnizam Sulaiman dan Zazly Baginda.

Sinopsis

Kamal, seorang penganggur yang sering membantu rakannya Ery di gerai burger tersilap mengisi borang permohonan kerja sehingga dia menghadiri temu duga di syarikat permotoran milik Rina.

Rina pula wanita yang antilelaki selepas ditinggalkan kekasihnya pada hari pernikahan mereka. Semuanya berubah apabila Kamal diterima bekerja sebagai ‘despatch’ di situ kerana pekerja wanita mereka berhenti secara tiba-tiba.

Ery pula menasihati Kamal untuk menjadi wanita bagi mengetahui isi hati Rina dengan menyertai kumpulan motor berkuasa tinggi yang dianggotai Sharifah (ibu tunggal yang memiliki seorang anak), Liz (wanita berkahwin), Ali (gadis pengkid) dan Rina sendiri.

Kamal juga terpaksa menyamar sebagai Kamalia untuk menyertai mereka untuk membolehkan nya menyelami perasaan Rina serta memikatnya. Namun, cubaannya tidak berkesan dan menyebabkan Rina yang kesunyian ingin kembali menjalin perhubungan dengan bekas kekasihnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 11:33 AM