ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
ANTARA babak menarik dalam Cinta Ibadah.
Oleh Michelle Gun

Astro memperkenalkan satu lagi kisah percintaan menerusi telenovela Cinta Ibadah yang kini disiarkan secara eksklusif di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang.

Filem arahan Ayie Mustafa dan Sridhar Jetty itu menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Fattah Amin, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah dan Harith Haziq.

Karya terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd ini membawa kisah sepasang suami isteri bahagia, Siti dan Hafiz. Namun, rumah tangga pasangan itu mula goyah apabila Siti disahkan menghidap barah.

Bagaimanapun, Siti mengambil keputusan merahsiakan penyakit itu daripada pengetahuan suaminya.

Tidak mahu Hafiz mengesyaki perkara sebenar, Siti meminta bantuan Rina yang memiliki wajah seiras dengannya untuk menyamar sebagai dirinya. Ini kerana dia perlu menjalani rawatan di hospital.

Pada mulanya, Rina keberatan untuk membantu namun akhirnya bersetuju selepas Siti memberitahu mahu menanggung perbelanjaan rawatan ibunya yang juga sakit.

Pada masa sama, Siti turut berdepan konflik dengan kakaknya, Ratna yang tidak menyenangi kebahagiaan rumah tangga adiknya itu.

Ratna sebenarnya cemburu dengan Siti kerana dia yang sepatutnya berkahwin dengan Hafiz.

Tambah menyulitkan lagi keadaan apabila ibu mentua Siti, Che Ani kurang menyenangi menantunya dan lebih menyayangi Ratna.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh berkata, stesen televisyen itu sentiasa berusaha menyiarkan program berkualiti untuk pelanggan.

"Sokongan yang diberikan penonton selama 18 tahun ini menjadi kayu ukur kepada kejayaan Astro," katanya.

Katanya, Astro terus kekal sebagai peneraju pengisian pelbagai program hiburan seperti rancangan realiti, majlis anugerah serta drama.

"Drama yang ditawarkan merangkumi pelbagai genre berkonsepkan kekeluargaan, komedi, cinta dan aksi yang ditayangkan mengikut kesesuaian penonton di setiap saluran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:01 AM