Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis syabu seberat hampir 26 kilogram dianggarkan bernilai RM4.9 juta dalam serbuan di premis di bandar Tawau, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan 3.45 petang itu, JKDM Sabah turut menahan dua lelaki berusia 54 dan 56 tahun disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok berkata, sebelum serbuan dijalankan pihaknya melakukan imbasan terhadap kedua-dua kotak terbabit dan mendapati bahawa kandungan bungkusan dalam kotak berkenaan positif dadah jenis syabu.

"Sebaik sahaja dua suspek berkenaan mengambil bungkusan dan memunggah ke dalam kenderaan kita terus menahan mereka.

"Kedua-dua suspek kini direman mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Wisma JKDM Sabah, sebentar tadi.

Rampasan dadah syabu ini adalah rampasan JKDM Sabah yang terbesar sejak 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 12:15 PM