CONTI bersama isteri Ayelen Beynoso.
CONTI bersama isteri Ayelen Beynoso.
Oleh Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Penyerang lincah kelahiran Argentina Matias Conti mahu menghadiahkan trofi Piala Sumbangsih kepada penyokong Pahang bagi menggembirakan mereka yang menjadi mangsa banjir besar.

Conti berkata, dia berpeluang berkunjung ke pusat pemindahan banjir di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) ketika kejadian yang menggemparkan negara itu bagi melihat sendiri secara dekat keadaan mangsa air bah itu.

Katanya, walaupun tidak pernah berdepan dengan bencana alam sebegitu, dia dapat merasakan derita dihadapi mereka terbabit apabila terpaksa berpindah kerana tempat tinggal hanyut atau ditenggelami air.

“Saya takut melihat bah besar itu. Saya dan isteri (Ayelen Beynoso) setiap hari menonton televisyen yang menyiarkan mengenai laporan banjir di Pantai Timur. Kami sering menitis air mata setiap kali melihat kemusnahan dan derita yang mereka terpaksa harungi.

“Sekiranya rumah saya ditenggelami, pasti kami juga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dan makan biskut. Tapi kami bernasib baik kerana rumah kami terletak di atas bukit,” katanya.

Justeru Conti meminta peminat bola sepak Pahang yang menjadi mangsa banjir itu bersabar dengan dugaan melanda.

Dia berkata, penting buat peminat setia Tok Gajah tidak patah semangat untuk terus datang ke stadium dan menyokong pasukan Pahang.

“Hanya kejayaan Pahang pada saingan Liga M musim ini bermula dengan Piala Sumbangsih menjadi hadiah paling bermakna untuk mereka.

“Saya yakin doa mereka mampu menjadi pencetus kejayaan kami,” katanya.

Memasuki tahun ketiga bersama Pahang, Conti begitu yakin dengan keupayaan Tok Gajah mengulangi kecemerlangan musim lalu.

Conti berkata, misinya pada musim ini adalah memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kejayaan terus berpihak kepada Pahang.

Katanya, tidak dinafikan cabaran selaku juara tiga piala bukan mudah kerana setiap pencabar pasti berusaha bersungguh-sungguh untuk menjinakkan Pahang yang dianggap pasukan pencabar.

“Saya harap impian melakar kecemerlangan musim ini berjalan lancar terutama apabila hampir semua pemain musim lalu kekal. Lebih manis jurulatih (Zainal Abidin Hassan) turut terus membimbing kami.

“Kelibat pemain import Damion (Stewart), Dickson (Nwakaeme) dan Zesh (Rehman) akan menjadi pelengkap kepada kekuatan kami,” katanya.

Mengenai aksi perlawanan pembuka tirai musim merebut Piala Sumbangsih, Conti berkata mereka sudah tidak sabar bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor pada 31 Januari ini.

“Ini kerana persefahaman kami kini lebih mantap selepas mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura.

“Pendedahan itu turut menjadi ukuran jurulatih bagi menilai prestasi semua pemain yang akan menggalas cabaran pasukan musim ini,” katanya.

12 Ukraine soldiers killed in road crash in east: national guard

KIEV, Jan 06, 2015 (AFP) -

Twelve Ukrainian soldiers were killed and 18 injured when a bus collided with military trucks in bad weather in the war-torn east, the national guard said Tuesday.

The collision Monday night was due to bad weather and took place during the rotation of professional soldiers and volunteers deployed in eastern Ukraine to fight the pro-Russian rebels who have waged an insurgency against Kiev since April, it said in a statement.

The injured soldiers had been taken to a hospital in the town of Artemivsk in the Donetsk region and were set to be evacuated out of the conflict zone.

More than 4,700 people have died in the separatist conflict in eastern Ukraine. Ukrainian President Petro Poroshenko is due to meet his Russian counterpart Vladimir Putin and the leaders of Germany and France for peace talks in Kazakhstan on January 15.

os-am/yad

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 5:13 AM