PEMAIN PSG kecewa selepa tumpas kepada Monaco. FOTO AFP
PEMAIN PSG kecewa selepa tumpas kepada Monaco. FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) yang kehilangan Lionel Messi dan Kylian Mbappe akibat kecederaan tumpas 1-3 kepada Monaco dalam saingan Ligue 1.

Kekalahan itu memberikan tamparan buat PSG yang bakal berdepan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Kesemua jaringan berlaku di separuh masa pertama di Stade Louis II, dengan Aleksandr Golovin meletakkan Monaco di depan seawal minit keempat sebelum Wissam Ben Yedder menggandakan jaringan buat pasukan tuan rumah.

Pemain berusia 16 tahun, Warren Zaire-Emery merapatkan kedudukan buat PSG namun Ben Yedder meledak gol kedua peribadi dan jaringan ke-19 musim ini, untuk menjadikan kedudukan 3-1 sehingga masa kecederaan separuh masa pertama.

PSG kekal di tangga teratas liga, walaupun penguasaan mereka dikurangkan kepada lima mata selepas Marseille menang 2-0 ke atas Clermont.

Monaco di tempat ketiga, tujuh mata di belakang pendahulu tetapi melihat jurang kepada saingan mereka berkurangan memberi kebimbangan buat PSG selepas mengalami kekalahan kedua dalam empat hari.

Pasukan bimbingan Christophe Galtier sekarang ini tumpas tiga kali dalam tujuh aksi liga bagi tahun 2023.

PSG tidak dapat menggunakan khidmat penjaring terbanyak mereka, Mbappe menjelang aksi pertama 16 akhir menentang Bayern akibat kecederaan paha.

Galtier juga mesti berharap Messi pulih tepat pada masanya daripada kecederaan hamstring yang menghalangnya daripada diturunkan.

PSG juga tanpa perancang Marco Verratti, pemain tengah Renato Sanches dan pemain pertahanan Nordi Mukiele akibat kecederaan sebelum beberapa ahli skuad itu diserang sakit perut pada pagi perlawanan.

"Kami perlu melakukan apa yang kami mampu dengan pemain yang kami ada. Adalah pelik untuk mengatakan anda adalah PSG tetapi itulah keadaannya," kata Galtier.

PSG were also without playmaker Marco Verratti, fellow midfielder Renato Sanches and defender Nordi Mukiele due to injury before it emerged that several members of the squad were laid low by a stomach bug on the morning of the game.

"We are having to do what we can with the players we have available just now. It is bizarre to say that when you're PSG but that is the situation," said Galtier.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2023 @ 10:46 AM