AP

Banda Aceh: Lapan kanak-kanak antara lebih 25 orang yang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera akibat gempa bumi 6.4 magnitud melanda Aceh hari ini.

Kerajaan Indonesia menghantar polis dan tentera untuk operasi menyelamat ke Meureudu dalam daerah Pidie Jaya yang paling teruk terjejas dengan puluhan bangunan runtuh atau rosak teruk.

Pegawai Daerah itu, Aiyub Abbas, berkata ratusan penduduk cedera dan lebih 40 bangunan, termasuk masjid, kedai dan rumah runtuh.

Menurut Aiyub, seramai 25 orang di daerah itu terbunuh dengan lapan daripadanya kanak-kanak.

Pidie Jaya terletak 18 kilometer di selatan pusat gempa. Pusat pengumpulan data United States Geological Survey (USGS) menyatakan, gempa bawah laut itu berlaku pada 5:03 pagi waktu tempatan (2203 GMT) berpusat 10 kilometer di utara Reuleut, sebuah pekan di utara Aceh, pada kedalaman 17 kilometer

Ketua agensi penyelamat Indonesia, Suyatno, berkata tiga jentera pengorek sedang digunakan untuk mengalihkan runtuhan rumah kedai kerana dilaporkan tiga mangsa terperangkap di bawahnya.

Menurut Aiyub, pasukan penyelamat memerlukan jentera berat untuk mengalihkan runtuhan selain bantuan kecemasan kepada mangsa.

Siaran televisyen Indonesia menunjukkan anggota penyelamat membawa keluar mayat dalam beg hitam dari kawasan runtuhan.

Di daerah Bireuen, seorang guru di sekolah agama maut akibat ditimpa runtuhan.

About 20 people were being treated at a health center and one person was moved to a hospital because of broken bones and a head injury, said Taufiq.

Residents of the nearby town of Lhokseumawe ran out of their houses in panic during the quake and many people fled to higher ground.

The world's largest archipelago, Indonesia is prone to earthquakes due to its location on the Pacific "Ring of Fire," an arc of volcanoes and fault lines in the Pacific Basin.

In December 2004, a massive earthquake off Sumatra island triggered a tsunami that killed 230,000 people in a dozen countries. More than 160,000 people died in Indonesia alone, and most of those deaths occurred in Aceh.

___

Karmini reported from Jakarta, Indonesia. Associated Press writer Ali Kotarumalos in Jakarta, Indonesia, contributed to this report.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2016 @ 1:03 PM