ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari mangsa di Sungai Rahang. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari mangsa di Sungai Rahang. FOTO ihsan Bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Rahang berhampiran rumahnya di Kampung Pasir di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, M Kartik Kesan, 25, dikatakan mahu membuang sampah sebelum tergelincir ke dalam sungai berkenaan dan kejadian disedari kakaknya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 3.48 petang.

"Seramai 22 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Anggota sudah menjalankan operasi mencari di sepanjang sungai sejauh 1.8 kilometer," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, setakat 8 malam, mangsa belum ditemui dan operasi mencari masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 9:13 PM