Kereta dipandu mangsa bertembung bas ekspres. FOTO ihsan PDRM
Kereta dipandu mangsa bertembung bas ekspres. FOTO ihsan PDRM
Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman


Kuala Lipis: Seorang wanita terbunuh apabila kereta Proton Persona dipandunya terbabas dan bertembung bas ekspres di Kilometer 88 Jalan Lipis-Merapoh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu mangsa, Hazli Suzana Che Mat, 31, yang tinggal di Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu bas pertama, Mohd Ashraf Rozmi, 25, dan pemandu kedua serta tujuh penumpang dilaporkan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

"Ketika kejadian mangsa yang juga peniaga dikatakan dalam perjalanan ke Kelantan berseorangan, namun kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung bas itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 7:01 PM