Mayat mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Betong Karagasan, Ranau. FOTO Cleo Will
Mayat mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Betong Karagasan, Ranau. FOTO Cleo Will
Cleo Will


Ranau: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun ditemui rentung di dalam rumahnya dalam kebakaran di Kampung Betong Karagasan, dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa Bangkawat Ingkiran ditemui rentung di dalam rumahnya oleh anggota bomba sebaik kebakaran dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Jimmy Lagung berkata, ketika kejadian mangsa sedang tidur bersendirian dan tidak menyedari rumahnya terbakar.

“Bomba menerima panggilan daripada orang awam jam 1.23 pagi memaklumkan kebakaran berlaku lebih awal daripada masa panggilan dibuat dan dikhuatiri terdapat seorang mangsa dilaporkan terbabit.

“Sebuah jentera dengan kekuatan tiga anggota dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 89 kilometer jaraknya dan sebaik tiba sebuah rumah sudah musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 2:15 PM