GEMPA bumi lemah yang dikesan. FOTO Jabatan Meteorologi Malaysia
GEMPA bumi lemah yang dikesan. FOTO Jabatan Meteorologi Malaysia
Norasikin Daineh dan Cleo Will

Ranau: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berpusat di Ranau dan gegaran kecil turut dirasai penduduk sekitar, 3.44 petang tadi.

Gegaran yang berlaku kira-kira lima saat itu turut mengejutkan orang ramai yang berada di dalam bangunan sehingga menyebabkan mereka terpaksa keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau Jimmy Lagung berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian bencana alam berkenaan.

"Setakat ini tiada sebarang insiden kecemasan atau kerosakan berlaku sekitar Ranau susulan gempa bumi terbaru ini.

"Bagaimanapun, JBPM dan beberapa agensi keselamatan lain akan sentiasa bersiap siaga berdepan sebarang kecemasan sekiranya berlaku gegaran yang boleh mengancam keselamatan awam dan harta benda di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 7:53 PM