Wanita berusia 60 tahun dan cucunya ditemui rentung di dalam bilik rumah mereka dalam kebakaran di Kampung Matan, Ranau. FOTO Ihsan Bomba
Wanita berusia 60 tahun dan cucunya ditemui rentung di dalam bilik rumah mereka dalam kebakaran di Kampung Matan, Ranau. FOTO Ihsan Bomba
Juwan Riduan

Ranau: Seorang nenek berusia 60 tahun dan cucu perempuannya ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Matan, di sini, malam tadi.

Mayat Jafflan Sigal, 60, dan cucunya dikenali sebagai Carla berusia empat tahun ditemui di dalam bilik oleh pasukan bomba sejurus api dipadamkan.

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua bersama seorang lagi ahli keluarganya berada di rumah terbabit dan salah seorang daripada mereka berjaya keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 10.53 malam.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran.

"Kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan hasil pemeriksaan menemui dua mangsa rentung di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi terkawal pada jam 11.45 malam dan kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran sedang dijalankan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 12:46 AM