Peserta membaca al-Quran Braille pada Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia di Masjid Mu’adz bin Jabal. FOTO Saddam Yusof
Peserta membaca al-Quran Braille pada Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana Malaysia di Masjid Mu’adz bin Jabal. FOTO Saddam Yusof
Nor 'Asyikin Mat Hayin


Setiawangsa: Penyertaan 500 orang kurang upaya (OKU) masalah penglihatan dalam Majlis Khatam al-Quran dan Selawat Perdana menggunakan al-Quran Braille di Masjid Mu'adz bin Jabal di Taman Setiawangsa, di sini, sebentar tadi, dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Program itu anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS).

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir merasmikan majlis itu selain beramah mesra dengan peserta.

Pengerusi GERAKWANIS Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, peserta OKU masalah penglihatan itu terdiri daripada pelajar tahfiz, anak yatim, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta penduduk sekitar.

Menurutnya, program itu bertujuan mendekati golongan kurang bernasib baik (OKU) yang berkebolehan membaca al-Quran.

"Kita bangga dengan peserta kerana walaupun ada kekurangan diri tetapi mereka tetap berusaha membaca al-Quran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 11:52 AM