Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter (kiri) melancarkan prebiu media model serba baru Tiguan, pagi tadi. FOTO Lizam Ridzuan
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter (kiri) melancarkan prebiu media model serba baru Tiguan, pagi tadi. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membuka tempahan untuk model serba baru Volkswagen Tiguan yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kompak itu menggunakan enjin 1.4L TSI dengan kotak gear enam kelajuan (DSG) mampu menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm pada putaran enjin 1,500 hingga 3,500 rpm.

Diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) ia ditawarkan pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000 melalui dua varian iaitu Comfortline dan Highline.

Sebagai bonus kepada pembeli awal Tiguan, VPCM menawarkan harga pra pelancaran dengan diskaun sebanyak RM7,000 untuk tempoh dan jumlah terhad.

Bagi melihat dengan lebih dekat model ini dan melakukan tempahan, orang ramai boleh berkunjung ke pusat membeli-belah 1 Utama mulai hari ini sehingga 5 Mac 2017 atau di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 11:47 AM