VOLKSWAGEN Tiguan ditawarkan enam bulan ansuran percuma untuk tempahan dan pendaftaran sehingga 30 Jun 2020.
VOLKSWAGEN Tiguan ditawarkan enam bulan ansuran percuma untuk tempahan dan pendaftaran sehingga 30 Jun 2020.
Lizam Ridzuan


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan enam bulan ansuran percuma untuk model paling laris 2019, Volkswagen Tiguan yang ditempah dan didaftarkan sehingga 30 Jun 2020.

Selain itu pelanggan yang membuat tempahan atas talian di Volkswagen eShowroom bakal menikmati tambahan rebat RM4,000 dan boleh memilih opsyen untuk penghantaran ke rumah dalam radius 20 kilometer (km) dari pusat pengedar.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu dijana enjin 1.4TSI pengecas turbo menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm melalui kotak gear enam kelajuan DSG dan mampu mencapai jarak perbatuan sehingga 800km dengan satu tangki penuh bahan api.

Ia dilengkapi pelbagai ciri terkini seperti kokpit digital resolusi tinggi dengan skrin boleh laras tiga paparan dan sistem infotainmen menyediakan 30 opsyen.

Juga sistem keselamatan terbaik seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), brek perlanggaran pelbagai, Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB) dan banyak lagi.

Untuk pasaran Malaysia Volkswagen Tiguan ditawarkan melalui dua varian iaitu 1.4TSI Highline dan 1.4TSI Join dijual pada harga RM165,990 dan RM175,990.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 10:52 AM