PROGRAM pertukaran menarik ditawarkan VPCM.
PROGRAM pertukaran menarik ditawarkan VPCM.
Mohd Razlan Salleh

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengalu-alukan kedatangan tahun baru dengan program tukar beli (trade in) eksklusif terhadap model Jetta dan Passat serba baharu bermula sekarang sehingga 31 Mac depan.

Pemilik kenderaan Volkswagen kini boleh menukar kenderaan lama pada harga menarik untuk membeli model Jetta baharu bermula dari RM108,990 atau Passat serba baharu berharga dari RM159,990 seunit.

Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan jenama lain juga boleh menikmati program ini dengan harga pertukaran menarik.

Jetta baharu disifatkan antara sedan saiz sederhana terbaik di pasaran serta paling berkuasa dalam kelasnya, selain menawarkan gabungan pemanduan sporty dan selamat.

Model ini dikuasakan enjin generasi baru 1.4L TSI dengan pengecas turbo tunggal yang mampu menjana kuasa 150PS dan tork setinggi 250Nm serta dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan.

Tiga varian ditawarkan Highline, Trendline dan Comfortline.

Manakala, Passat serba baharu menyerlahkan gabungan sempurna aspek gaya dan prestasi bersama reka bentuk mengagumkan serta pelbagai teknologi tercanggih termasuk memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia.

Sejak dilancarkan pada November 2016, varian Highline menggunakan enjin TSI dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.0L yang dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) enam kelajuan.

Ia menawarkan kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm sementara varian Comfortline dan Trendline hadir dengan enjin 1.8L TSI berkuasa 180PS dan tork 250Nm yang dipadankan bersama kotak gear (DSG) tujuh kelajuan.

Program pertukaran ini sah untuk pemilik kenderaan dengan minimum pemilikan selama enam bulan mulai tarikh pendaftaran.

Kenderaan ditukar tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian pengedar sah, selain Volkswagen berhak membuat keputusan akhir untuk menerima penukaran kereta berkenaan atau sebaliknya.

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 January 2017 @ 5:02 AM