Pengadil beri arahan suruh Suarez tinggalkan padang.FOTO AFP
Pengadil beri arahan suruh Suarez tinggalkan padang.FOTO AFP
AFP

Barcelona: Luis Suarez berharap rayuan beraksi di final Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) dipertimbangkan selepas diarah meninggalkan padang pada separuh akhir kedua Barcelona menentang Atletico Madrid.

Suarez meledak jaringan untuk Barcelona dalam perlawanan dicemari kekasaran menyaksikan tiga pemain dilayangkan kad merah dan diarah tinggalkan padang dalam perlawanan berkesudahan 1-1 di Nou Camp, awal pagi tadi.

Keputusan meletakkan Barca mara ke final untuk kali keempat berturut-turut dengan kemenangan agregat 3-2.

Ia kali pertama pertama dalam tempoh tiga tahun penyerang Uruguay itu dibuang padang di Barca dan mendakwa hayunan siku tanpa niat terhadap Koke ketika perlawanan memasuki penghujung perlawanan bukan satu kekasaran.

"Ia membuatkan saya ketawa kerana tindakan itu seolah olah pengadil mahu melakukannya," kata Suarez kepada Gol Television.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 2:32 PM