SUAREZ (kanan) menjaringkan gol kemenangan mengatasi Arsenal 2-1 di Nou Camp, awal pagi tadi. — FOTO EPA
SUAREZ (kanan) menjaringkan gol kemenangan mengatasi Arsenal 2-1 di Nou Camp, awal pagi tadi. — FOTO EPA
AFP

VOLI lewat Luis Suarez membantu Barcelona mengalahkan Arsenal 2-1 untuk memenangi Trofi Joan Gamper di Nou Camp, ketika Antoine Griezmann membuat penampilan sulung di laman sendiri susulan perpindahan kontroversi dari Atletico Madrid.

Suarez merembat masuk hantaran lambung Sergi Roberto pada minit ke-89 di depan hampir 99,000 penonton, yang membanjiri stadium untuk menyaksikan pemain baharu Griezmann dan Frenkie De Jong, dengan jaringannya dan gol sendiri Ainsley Maitland-Niles memadamkan gol pembukaan Pierre-Emerick Aubameyang pada babak pertama.

“Ia satu perlawanan menghiburkan, suasana yang hebat dan satu penghormatan untuk kembali bersama penyokong kami,” kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde.

“Saya fikir kami bertindak baik, tapi mungkin pada babak pertama kami agak kehilangan rentak.”

GRIEZMANN (kiri) kecewa jaringannya dibatalkan kerana ofsaid. — FOTO Reuters
GRIEZMANN (kiri) kecewa jaringannya dibatalkan kerana ofsaid. — FOTO Reuters

Barca memburu kegemilangan Eropah pada kempen musim baharu selepas diaibkan AS Roma dan Liverpool dalam Liga Juara-Juara bagi dua musim terakhir.

Sebelum perlawanan itu, kapten Lionel Messi mengingatkan mengenai kekalahan itu – yang mana Barca mensia-siakan kelebihan selesa aksi pertama sebelum tersingkir – dalam satu ucapan kepada penonton.

Bagaimanapun Messi tidak turun bermain dan akhirnya rakan serangannya berbanding pemain baharu berjaya menewaskan Gunners selepas persembahan bertenaga pada babak kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 8:45 AM